Tanda-tanda sistem ekzos bermasalah ialah seperti berikut:
1. Bau asap di dalam ruang penumpang.
Jika berlaku sebarang masalah/kebocoran pada sistem ekzos, salah satu tanda amaran yang boleh membahayakan keselamatan adalah bau asap di dalam ruang penumpang. Asap ini mungkin mempunyai bau yang tidak menyenangkan atau mungkin tidak berbau dan tidak dapat dilihat seperti karbon monosikda. Pendedahan pada asap ini boleh menjejaskan kesihatan.
2. Kecekapan penggunaan bahan api menurun.
Sistem ekzos memainkan peranan untuk membawa hasil tembakan dalam enjin melalui sistem ekzos ke hujung ekzos dan lepaskan ke udara. Jika berlaku masalh/kebocoran pada sistem ini penurunan dalam kecekapan bahan api akan berlaku. Ini dalam kecekapan bahan api akan berlaku. Ini disebabkan oleh enjin memerlukan bahan api yang lebih untuk mencapai tekanan yang betul.
3. Bunyi baru atau luar biasa dalam muffler atau enjin.
Biasanya ia akan mengeluarkan bunyi pop!!! atau grceee.....
4. Bunyi yang kuat atau berlebihan pada bahagian sistem ekzos.
Jika anda perasan bahawa bunyi yang dihasilkan oleh ekzos menjadi lebih kuat daripada biasa, anda perlu memeriksa sistem ekzos untuk mengetahui sebarang kerosakan.
5. Melahu (idling) yang kasar.
Jika ekzos bocor atau patah ia akan menjadi terlalu lawas dan kadang-kadang akan menyebabkan enjin menjadi kasar atau melahu yang kasar.
Klu sarang dlm tabung ekzos tertanggal.rosak..apa kesan pada kereta....
ReplyDeleteEkzos kereta pecah ape akan berlaku
ReplyDelete