Ekzos memainkan peranan penting bagi mengeluarkan hasil pembakaran dalam enjin bagi menghasilkan daya tolakan selain membuang sisa pembakaran petrol dan udara. sistem ekzos terdiri daripada beberapa componen seperti berikut:
Ekzos Manifold
Langkah pertama perjalanan gas ekzos ialah dari manifold. Bahagian ini disambung ke enjin dan mengabungkan gas ekzos yang keluar dari beberapa lubang pada satu paip ekzos. Bahan yang digunakan untuk membuat manifold mestilah mempunyai kebolehan menahan haba yang tinggi. Oleh itu manifold biasanya dibuat dari besi atau kelului.
Pengesan Oksigen (Oxygen Sensor)
Oxygen sensor adalah sebahagian daripada sistem komputer dalam kereta. Sensor akan menganalisis kuantiti oksogen yang terkandung dalam gas kezos. Ini bagi membolehkan kenderaan untuk menyesuaikan bahan api dengan nisbah oksigen. ia juga bertujuan untuk menyebabkan penjimatan bahan api dan penghasilan kuasa yang lebih baik. Sensor ini akan dipasang pada paip ekzos atau manifold ekzos.
Catalytic Converter
Catalytic converter membantu untuk menghasilkan gas ekzos kenderaan. ia boleh membuang atau menggurangkan jumlah karbon monosida, hidrokarbon dan nitrogen oksida yang keluar dari enjin kenderaan. Bahagian ini terletak di antara manifold ekzos dan tabung tengah ( center muffler ). Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan agar semua jenis kenderaan baru mesti dilengkapi dengan catalytic converter. Mana-mana kenderaan yang menyalahi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang. Namun begitu, setakat ini belum ada sebarang saman dikenakan memandangkan kebanyakan kenderaan lama tidak sesuai untuk dilengkapkan dengan catalytic converter.
Tabung Ekzos ( Muffler )
Muffler terletak di antara bahagian-bahagian paip ekzos atau hujung paip ekzos. Kereta yang tidak mempunyai muffler mengeluarkan bunyi yang sangat bising dan tidak lulus pemeriksaan pihak berkuasa.
Paip Ekzos
Paip Ekzos membawa gas ekzos dari enjin ke sistem ekzos dan keluar ke udara. Paip ekzos biasanya diperbuat daripada keluli atau besi tahan karat. Paip ekzos juga terdapat dalam pelbagai diameter. Kereta yang telah diubahsuai sepatutnya menggunakan diameter paip yang lebih besar daripada yang sedia dipasang (OEM)
No comments:
Post a Comment