Sunday, 29 June 2014

Kenali Asap Kereta Anda

Pengeluaran asap pada ekzos kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Namun jika kereta telah berusia beberapa tahun sekali sekala perhatikan warna asap kereta anda. Ini kerana warna asap ekzos kereta memberi penunjuk kepada masalah enjin kereta.

Sebenarnya dengan melihat warna asap ekzos, anda dapat mengetahui masalah apa yang berlaku pada enjin kereta.

1.  Asap Berwarna Jernih Kebiruan
  • nisbah campuran petro-udara tepat
  • proses pembakaran sempurna
  • enjin tiada masalah

2.  Asap Berwarna Kuning/Coklat
  • terlalu sikit petrol berbanding udara
  • pembakaran tidak sempurna

3.  Asap Berwarna Hitam
  • terlalu banyak petrol berbanding udara
  • pembakaran tidak sempurna
  • penapis tersumbat
  • kaborator rosak

4.  Asap Putih Kebiruan
  • minyak pelincir ikut terbakar
  • omboh gelanmg omoh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak
  • gasket kepala silinder rosak


p/s : Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air (tiada masalah)






No comments:

Post a Comment