Lebih besar tidak selalunya lebih baik. Ramai yang beranggapan bahawa diameter paip yang lebih besar adalah cara yang terbaik untuk mendapat tenaga yang lebih. Itu sebenarnya tidak benar.
Pelbagai ujian dilakukan mendapati perlu ada rekabentuk yang seimbang untuk meningkatkan output maksimum enjin. Sebagai contoh, bayangkan meniup udara melalui penyedut minuman yang berdiameter kecil ia akan mengambil masa untuk melepaskan udara dari mulut anda dan anda akan merasakan tekanan di dalam mulut anda.
Sekarang bayangkan meniup udara melalui roll tuala kertas yang berdiameter besar, anda akan melepaskan semua udara dengan lebih pantas dan berasa sedikit tekanan atau tiada langsung tekanan udara di mulut anda. Inilah sebabnya, mengapa ia perlu saiz paip yang betul bagi melegakan tekanan belakang disamping mengekalkan kecekapan aliran gas ekzos.
Sebagai peraturan umum anda boleh membesarkan saiz paip asal (OEM) antara 1/4" hingga 1/2" sahaja bagi meningkatkan kuasa kuda.
No comments:
Post a Comment